Tuesday, 18 September 2018

Travellog Hatyai


Setelah berkurun blog ni terbengkalai, harini baru ada kerajinan nak mula balik haha. Sibuk sangat dengan hal-hal duniawi ni.

Ni nak sembang sikit pasal trip Hatyai hujung minggu lepas. Plan untuk trip ni terjadi spontan je sebenarnya. Alkisahnya masa raya puasa banyak rumah terbuka kan…bila dah jumpa kawan-kawan maka macam-macam lah cerita keluar. Sampailah terkeluar idea nak pegi Hatyai ni. Bila dah masing-masing confirm terus je book hotel. Cadangan awal adalah nak ETS tapi bila tengok harga tiket dia boleh tahan mahal jugak. Maka tukar lah kita naik bas je. Jimat dan mudah sebab takyah nak tukar tren kat Padang Besar tu. Naik bas terus je masuk sampai Hatyai. Marilah kita lihat apa yang berlaku sepanjang perjalanan ini.

14 September 2018

Naik bas pukul 11.30 malam dari Kepong. Kami 8 orang semuanya. Jadi ambik single seat. Dari no 1-8 duduk sorang je senang dan selesa. Tambang bas RM90 sehala biasanya RM60 je, tapi mungkin sebab cuti umum jadi harga sedikit naik lah. Bas Alisan (gambar takde) siap ada wifi dan plug untuk caj handphone dan yang sewaktu dengannya.

Naik je bas aku pun seperti biasa teruslah beradu. Sedar bila bas berhenti kat Juru nak isi minyak. Kemain laju lagi driver tu bawak. KL – Juru 3 jam je. Nasib baik aku tido, kalau tak mesti aku yg beria tekan brek hahaha. Malam tu hujan hampir sepanjang jalan. Lebih kurang 7.30 pagi sampai Bukit Kayu Hitam. Hujan. Turun dari bas lalu imigresen scan passport. Selesai keluar dari sempadan Malaysia. Masuk pulak Thailand. Turun lagi lalu imegresen Thailand pulak nasib baik tak lama beratur kat imigresen tu. Ini lah sebabnya driver bas tu memecut laju. Mungkin dia nak sampai ngam2 time border tu bukak. Xde la beratur lama. Oh ye waktu dekat Hatyai sejam lewat dari Malaysia. Dari border ke Bandar Hatyai lebih kurang sejam perjalanan naik bas. Kalau naik tren, kena naik teksi yang tambang dia lebih kurang RM50. Ini hasil soal selidik dengan kawan-kawan hehe.

Hatyai 15 September 2018

Dalam 8.30 waktu tempatan, sampailah kami di Hatyai. Turun dari bas jalan kaki je ke Hotel. Memang AJK penginapan cari hotel yang dekat dengan bandar. Senang nak jalan-jalan. Kami stay kat Hotel Regency. Harga 1 malam lebih kurang RM150 1 bilik. Sampai hotel request nak check in awal. Sekali minah kat reception tu kata tak boleh. Kena tunggu pukul 2 sebab takde bilik. Perut masing-masing dah lapar ni. Mulalah nak tinggal je beg semua dan pegi cari kedai makan. Elok je letak beg, ada lak sorang lelaki mungkin bos kepada minah tadi. Dia kata ada je bilik dan boleh check in awal. Rupanya minah tu tak faham English. Takpe lah maafkan beliau dan dipendekkan cerita dapatlah check in awal. Naik atas mandi semua tukar baju then turun pegi cari kedai makan. 




Gerimis mengundang. Jalan kaki ke kedai Salma. Penuh pulak ramai orang Malaysia rupanya bercuti kat Hatyai ni. Tunggu meja kosong. Dapat 1 meja tapi kecik muat 4 orang. Takpe kita order je dulu makan. Nanti meja sebelah bangun kita combine.



Selesai makan, jalan-jalan sekitar bandar Hatyai. Singgah pasar, macam2 ada jual dan murah. Buah dan sayuran termasuk ulam semua segar bugar. 













Dari pasar terus balik hotel rehat dan tido kejap. Pukul 4 dah booking tut tut nak ke Floating Market & Asian Night Market. Sebelum sampai hotel tu singgah beli kopi. Sedap dan murah. Terpelanting lah Starbuck hahaha.



3.50 petang waktu tempatan. Semua berkumpul kat lobby hotel tunggu tut tut. Harga tut tut ni sorang 100Baht. Kira ok la 800Baht untuk ke Floating Market dan dia tunggu sejam lebih dan bawak pulak ke Asian Night Market.



Floating market ni bukan setakat menjual dalam perahu je, dia ada jugak kedai atas darat ye. Ramai orang kat sini. Banyak bas dari Malaysia bermakna ramailah orang Malaysia datang sini. Penuh semua meja. Tak dapat makan tepi sungai. Maka naik la ke daratan cari tempat makan. Makanan yang dijual ni ada halal dan ada yang tidak. Sila berhati-hati seaktu membeli. Tapi peniaga pun rasanya sensitif, sebab bila tanya makanan yang dijual dia akan bgtau ada pork ke tidak. Jadi agak selamat lah.









Kepada pelancong yang ke Floating Market ni tolong lah ye. Kalau setakat nak ambik gamba ambik video untuk update media social anda tak payah ngada2 nak duduk lama-lama depan perahu tu, nak je aku tolak seko-seko masuk sungai. Orang nak beli makanan dia sibuk nak je. Dah la orang ramai. Kang kalau aku simbah sup panas tak ke sopak muka tu??? Marah ni haha

Lepas sejam lebih kat Floating Market kami bergerak ke Asian Night Market pulak. Tempat ni lebih kurang macam Uptown Kota Damansara.





Tempat menjual macam-macam barang tapi bukan original la. Besar dan berbumbung. Ada tingkat atas macam food court. Nanti kita cerita pasal food court tu ye. Dah sampai tempat tu masing-masing janji nak jumpa kat meeting point 7.30 kalau berpecah. Dah ye kami berpecah. Dari 8 kepada 5. Lepas tu dai 5 kepada 2. Lepas tu aku sorang-sorang haha. Kelemahan bila jalan sorang-sorang ni adalah rambang mata nak membeli itu dan ini. Kalau ada geng aku akan jadi behave sebab malu hehehe…dipendekkan cerita pukul 7.30 jumpa balik dan balik ke pangkal jalan. Tambang tut-tut dari Asian Night Market ke area hotel adalah 200Baht atau 25Baht sorang.

Makan malam hari ini berkonsepkan Street Food. Konon nak makan tepi jalan je. Tapi keadaan tak mengizinkan, hujan. Maka bungkus je la makan kat hotel. Kebetulan 16 September adalah birthday salah sorang ahli Jemaah trip ni, maka perancangan nak surprise kan beliau di jalankan. Dah sampai bilik baru teringat tak beli kek. Pastu masing-masing dah malas nak turun bawah beli kek sebab hujan dan penat. Haha. Kebetulan ada pulak geng yang tengah makan kat luar, jadi kirimlah kat diorang suruh beli kek kat Starbucks 1 slice. Sambal tu kitorang g bilik bakal birthday boy. (boy ke dah tua-tua ni) haha. Konon plan nak tunggu 12 malam baru nak surprise kan. Sekali dah tak larat nak tunggu. Mengantuk sampai je geng yang beli kek kat bilik dia terus je la celebrate. 

Happy birthday ABC!!!!




Lepak sembang-sembang merepek tah apa. Ketawa sampai golek2 atas katil sakit perut lepas. Xlama tu balik la ke bilik masing-masing tido.


Hatyai 16 September 2018

Jam 8.30 pagi turun ke lobby. Jalan ke sekitar hotel konon nak beli kopi. Sekali kedai kopi belum bukak. Maka teruslah cari tut-tut nak pegi sarapan pagi.

Inilah destinasinya Chabura Dim Sum



Sekali dia punya beratur hambik kau….dan yang memenuhkan kedai tu pun orang Malaysia jugak. Dah dekat setengah jam beratur perut mula berkeroncong tengok kiri kanan Nampak kedai seberang jalan. Maka kita terpaksa melupakan Dim Sum tular ini. Makan je apa yang ada kat kedai depan tu. Elok je kitorang masuk kedai tu makan nasi goring. Dia ada jugak jual dim sum tapi tak viral lah. Tak lama lepas tu makin ramai yang datang kedai depan tu. Tak larat nak beratur agaknya haha.. rezeki untuk kedai depan tu agaknya.

Dari Chabura tu kitorang ambik tut-tut nak ke area pasar yang dekat dengan hotel tu. Hujan. Hampir lebat. Terpaksa la beli outfit waktu hujan. Elok je pakai outfit hujan turun dengan lebat. Tapi tetap gigih berjalan haha..rugi la datang jauh-jauh duduk dalam bilik hotel je. Baik duduk rumah.



Lepas redah hujan lepak kat Starbucks. Yang beli air 3 org je, yang lain tumpeng wifi je hahaha. Dari starbucks g makan. Hajat di hati nak repeat Salma. Tapi sayang ramai orang. Tuka kedai hamed. Ok xramai orang.. komen: makanan biasa-biasa harga mahal! Balik hotel mandi & tido. Kul 5.30 janji jumpa kat lobby nak keluar dinner.

5.30 petang

Berkumpul kat lobby cari tut-tut ke Asian Night Market lg. Kalini tujuan adalah makan dan makan dan makan.











Lepas makan plan nak round area hotel tu lepak minum kopi. Sebab semalam Nampak 1 kedai mcm cantik konsep dia. Tujuan utama nak amik gambau la kan haha. Turun je dari tut-tut hujan haha ambik kau. Tapi gigih lagi berjalan nak cari kedai tu. Sekali hampa sebab kedai tu tutup. Jalan-jalan-jalan sampai dah dekat dengan hotel hujan lebat. Memang lebat punya siap dengan angin. Raining outfit xbawak pulak tu haha. Tunggu hujan reda sikit. Lari lintas jalan je masuk shopping mall. Padahal bukan ada apa pun kat mall tu. Cuma nak selamatkan diri dari hujan je. Aku ni pulak jenis yang fragile sikit kalau kena hujan. Lepak kat McD dan seperti biasa yang membeli sorang dua je. Yang lain tumpang wifi je. Bila hujan reda maka turun lah dari mall. Lalu lalang depan kedai urut. Tengok ramai orang urut tapak kaki. Survey harga 250Baht sejam. Dia bukan takat urut tapak kaki je. Sampai ke peha, bahu, belakang badan pun dia urut. Sedap terasa la ringan sikit lepas urut tu. Dah setel balik hotel. Tak sampai 10 minit ada pulak makhluk tuhan paling seksi mengadu lapar. Turun lah balik layan tekak dia. Aku minum teh tarik je. 



Perut dah kenyang. Sudah tu balik hotel mandi dan belayar ke alam khayalan. Takde khayal pun. Aku letak je kepala kat bantal terus hanyut hahaha.

Hatyai 17 September 2018

Turun kat lobby pukul 8 siap-siap nak check out. Bas pukul 9,45. Jalan ke tempat naik bas. Sebab depan tu ada kedai makan Rocky. Macam-macam ada. Dalam banyak-banyak tu aku order roti canai gak. Haha nasib baik sedap. Dia ada jugak pulut manga, sup dan yang sewaktu dengannya. Tengah makan tu tetiba ada pompuan jerit nama aku sambal dia lalu nak keluar dari kedai. Terkejut aku dibuatnya. Nasib baik tak tercekik. Hampeh punya senteng! Nanti kau…

Lepas makan duduk bersantai depan pejabat bas tu tunggu bas datang. Dalam pukul 11 pagi waktu Malaysia bergeraklah kami semua kembali ke tanah air tercinta.

Naik bas tu pun ada tragedi jugak. Tapi sebab malas nak panjangkan cerita maka biarlah kisah itu berakhir kat dalam bas je. Banyak lagi benda lain yang penting aku nak layan.
Kesimpulannya trip ni mmg best. Walau naik bas je tapi group yang pegi sangat best. Asyik gelak je. Sampai driver tut-tut tengok belakang la bila kitorang gelak.

NOTA: gambar-gambar semua banyak yang kawan-kawan punya. Aku ada sikit je. Gambar diri sendiri pun ada la sikit…

Monday, 16 May 2016

Edisi Pertama 2016 - Travellog Sydney


Pengembaraan tahun 2016..setelah berkurun lama x update blog ni rasa nak update dtg lepas kembali dari berpoya poya..hihih #jangankecamsaya

Ok baru2 ni dengan izin Allah dapatlah menjejakkan kaki di bumi kangaroo n koala...lagi tepat destinasi adalah Sydney. Misi 8 hari 7 malam bermula pada 28 April...flight booking tahun lepas bulan 10 masa Air Asia buat promo...trip ber3 semua bujang so #bachelortrip hahaha. Berlepas filght 10.45 malam 28 April sampai Sydney 29 April kul 9.00 pagi waktu Sydney (dlm kul 7.00 pagi waktu Malaysia...diorg awal 2 jam). 

Keluar dr pintu kapalterbang tu minah saleh sambut ketibaan xtau la diorg ni local Australian ke tak. Kalau kat Malaysia keuar kapal bukan warganegara yg sambut aku. Jejak je dlm airport Sydney tu ok la kan...sampai kat Imegresen bg passport mcm ok...beratur la kami ber3 berderet 3 kaunter..yg 2 lepas dengan jaya nya..sampai tang aku byk lak soal jawab siap dia bawak passport aku masuk dlm opis..aku menonggok la kat luar..yg 2 org lagi kemain lg confident g tunggu luggage...tup tup patah balik carik aku hahaha...tp Alhamdulillah dia cop gak la passport aku tu...setel imegresen tunggu luggage lak...x lama sebab aku da tersadai kat imegresen tu kan..turun je beg pun sampai..ambik beg lalu kastam lak bagi declaration form...dup dap dup dap la jugak sebab td dah kene tahan...kot kastam dia pun dengki nak tahan aku lg kan...lalu je dia suh g pintu 8..aku nebes gak la pintu ke mana lak dia hantar ni..jalan slow belokk skit nampak "welcome to Sydney" fuhhhhhh legaaaaaaaaaa....ok cari toilet dulu haha...

Ok dah lepas semua azab seksa maka lepak2 jap sebab ahlil jemaah nak smoking kat luar dulu...sambil tunggu tu aku g la tanya cemana nak naik bas ke tren g apartment kat tourist information kaunter tanya gak cemana nak guna public transport pass mana nak dpt etc...advise yg di beri suh  naik cab sebab senang terus sampai depan apartment lg pun jalan x jem org semua dah masuk keje...ok da dapat info..misi seterusnya cari public transport pass..opal nama dia....tp nampak cafe duduk jap minum kopi panaskan badan. Oh ye suhu Sydney pagi tu masa sampai 20C tp bila kene angin kemain sejuk..ye la kita org Malaysia kebetulan lak tgh El Nino panas la kan...duduk minum kopi ada sorang auntie tegur...dia dr KL gak..vacation katanya..dulu duk lama 20 tahun kat Sydney. Dia tanya berapa hari kitorang ckp la 7 hari..dia terkejut "why so short? next time stay longer" bole lak dia kata gitu...dah hi hi bye bye kat auntie tu kitorang g carik convenient store beli opal card tu...minimun kene top masa 1st time beli AUD20 dlm RM60 mcm tu...setel 1 bab..oh lupa nak cite masa dok minum kopi tu ada la kat belakang kitorang kaunter local telco nama Optus dgn Vodafone..lepas compare dedua tu ternyata Optus lg murah..patut la Q kemain panjang..kat kaunter vodafone tu xde org pun...tp mls la nak Q panjang2 tu kan..jadi masa beli Opal Card tu aku beramah mesra dgn minah cashier tu tya kot dia ada jual sim pack Optus..dia kata dia jual top up je...sim pack kene g kaunter..ada 1 lg dekat2 kedai dia aku pun zass la g tgk...hehehe Syukur x ramai Q dlm 10 min da setel...pakej dia AUD2 sehari call n sms unlimited dengan data 500mb sehari..kira ok la just utk wasap dgn google map. Kat apartment sahih la ada wifi...gile confident padahal xtau ada ke x wifi. Telco ni pesen kene top up min 5 hari tp sebab kitorang 8 hari kat sana terus la amik 10 hari punya AUD20..Setel Simpack n Opal card..maka keluar dr airport cari cab nak g apartment. Dapat Cab driver bangla..baik la bgtau pasal Sydney nasihat pasal dos n don'ts bla bla..tapiiiiiiiii bau badan ya ampunnnn nak pengsan aku hahahaha dok menahan napas je la kat seblah dia.Dalam kol 12.30 camtu sampai apartment Trafalgar 361 Kent Street.

Ni la kad utk public transport dia


Ni bilik dia..katil Queen..so aku biarkan 2 umat tu tido dlm ni..siap dgn almari..

Ni katil single kat luar..port aku hahahah tilam dia sedap weh..empuk

Kitchen ada bole masak..tp kitorang goreng telur je senang yg belah kiri tu stock dr KL hehe

siap ada oven..sapa rajin membaking silakan..tp gigih ko nak baking time cuti cuti?

Sink..ada air panas n sejuk..std la kan obersi katanya...tu ada dishwasher...xguna pun basuh guna air sudah

Aktiviti pertama jenjalan kat Darling Harbour sambil carik makan kemain sopan menutup aurat aku kan haha
Lepas makan tu just jenjalan kat area Darling Harbour tu je sampai gelap...pastu balik aprtment plan journey hari esok...zzzzzz

30 April 2016

Bangun pagi kul 5 waktu tempatan lebih kurang 3 pagi waktu KL...stok2 bangun tahajud dah ekeke...subuh kul 5 sebab kul 6 dah terang benderang disertai kicauan burung hahaha ayat munge2..lepas sarapan keluar..destinasi pertama QVB Queen Victoria Building...bangunan lama ni sebenarnya shopping complex menurut ceritanya dimiliki oleh rakyat Malaysia..tp xtau la sapa dia...bawah QVB ni gak ada 1 stesen train nama dia TownHall..

QVB ni bangunan Neo-Romanesque yang panjangnya 190 meter dengan lebar 30 m, dan memenuhi seluruh blok bandar, dikelilingi oleh George Sreet, Market Street, York Street dan Druitt Street. Dibina dalam tahun 1898 pernah jadi mcm2 sebelum jadi soping complex cam skang ni. Gigih aku carik info QVB ni..dah mcm jawab soalan sejarah lak.
Salah 1 entrace



kat Malaysia aku tau Walit tu sarang burung heheh kat Sydney gajah logo dia

Salah 1 kedai toys..ni kalau bawak budak2 mau xnak balik selagi x dpt


Ni masa lalu kat 1 cafe..sapa suka feeling english breakfast ke hape sesuai la konsep ni




Pusing dlm QVB kejap je sebab mmg xkan membeli la kat dalam tu kan..dah mmg xde plan nak soping kat Sydney niat cuma nak jenjalan je..ekeke...dr QVB kami gerak ke The Rock hajat di hati nak naik tren..elok dah masuk kat platform g tya staff kat situ dia suh keluar balik naik bas...jalan keluar dr TownHall tu nampak bangunan ni tp dah lupa apa nama dia haha lawa kan?


Panjang bas dia dah mcm lrt 2 koc

Sampai The Rock tu byk daun2 Mohabbatien ni..aku syak diorg shooting sini la dulu hahaha

Harbour Bridge dr sudut pandangan The Rock

Ni dari belah lain plak

tu diaaaa Sydney Opera House dr seberang laut haha




Dari The Rock kitorang jalan ke Circulay Quay...org OZ sebut Circular K tp aku dulik apa sebut je janji bunyik. Masa tgk map mcm jauh je dr The Rock nak ke Circular Quay, Sydney Opera ni semua..sekali dah sampai The Rock semua depan mata..plan 2 hari terus di jamakkan jadi sehari je...setel


Burung ni jinak mintak makan

Lunch adalah Fish n Chip..byk tol portion..makan x habis...

Fish n Chip tu di pakejkan dgn wine..harammmm jadi mintak tuka dgn kopi...telan je la
Lepas makan dah mula la perut xbest...nak g toilet dia xde hose..pili pon xde..jd memandangkan dekat je dgn apartment maka berjalan la g naik tren balik utk memerut dan solat jamak Zohor + Asar dengan niat malam kang nak dtg lagi hahah
QVB di malam hari

Harbour Bridge waktu malam...sapa rajin bole je panjat naik..harga AUD180 per pax..so x mampu..mampu tengok je

Opera House dari Stesen Circular Quay







Setelah membuang masa di Opera House tu...perut pun lapar jadi marilah mengisi perut..so kita ke Darling Harbour carik kebab.

Sampai Darling Harbour tu ramai lak org atas jambatan...pelik la jugak apsal ni kan...ada rusuhan ke apa...buat x tau teruskan berjalan ke kedai carik makanan...

Show Time....

Ada bunga api rupanya malam minggu..patut la ramai umat


1 May 2016

Harini cuaca elok je jadi marilah ke Bondi Beach...sebutan Bondai tah cemana dia eja pun aku xpaham..layan je la dah kau g tempat org kan. Memandangkan nak g beach tu kan masing2 pakai selipar je...cam biasa naik train kat TownHall sampai Bondi Junction. Lepas tu naik la bas ke beach..


Escalator dia kayu kau...abaikan kaki dan jemari tu

tunggu bas ada aircond ye,,,pintu tu bukak bila bas sampai je


















Jejak









Lunch makan ni je...telan je la

Sos Cili  ni sedapppp
Lepas makan balikkkk.....misi seterusnya carik suar mandi...sebab esok nak dtg lagi mandi laut..xle jadi woo tgk air laut biru jernih mcm tu..hahaha


2 May 2016

Pagi ni mmg gile kul 11.30 baru nak kuar..terus g Bondi Beach menjalankan misi nak mandi laut hihihi..gigih tggu tren padahal kat KL sendu je tren tu aku pandang...oh ya train kat sydney 2 tingkat dan panjang. Sepanjang naik tren xjumpa lak org diri dlm tren..maybe sebab aku kuar non peak hours kot.




Ni view dr dalam bas..rumah diorg mmg betul2 tepi jalan je

Pejabat pos...KMJ hihihi



Kwn aku kata pokok berus jamban...aku baik sikit bg berus botol
Stay kat Bondi Beach x lama...ketar sejuk beku dah cukup balik la...sampai stesen TownHall singgal WoolWorth..ni kira cam hypermarket la aku rasa sbb nampak banyak kedai ni kat Sydney.... beli brg dapur hahah gigih beli telur tuna segala..roti beli 2 bungkus..


Beli yg atas tu je...baru 85sen

Lepas beli barang kat woolworth tu g isi perut lak...masa kat KL dah gugel ada Sedap Kopitiam kat Regent Place..gigih la cari tempat tu guna goole map..seb baik gugel map tu bg pilih ko naik kete ke tren ke bas ke jalan kaki...so senang la sikit kan..kalau naik bas dia bgtau no bas berapa bape stop baru sampai destinasi sama gak kalau naik tren. Jumpa Sedap Kopitiam..tokey Malaysian tp tak halal jadi makan mee goreng n nasi goreng seafood je..confident nak makan sebab dia x serve pork...syukurrr


Teh Tarik..tahap potong kaki..manis gile dah la besar 


Tokey org Penang la kot


Ko tgk pelancong tu...kemain lg sejuk2 pakai track bottom je dgn t shirt



Belah malam lak g tgk movie kat iMax Sydney....Civil War 3D tiket AUD35 ada aku post kat IG n FB tp rasa cam x best lak bile komen2 pasal harga..jadik aku delete hahaha





ni masa otw balik apt lepas tgk movie...haha

3 May 2016

Harini kuar kol 8.45 sebab naik cruise ke Taronga Zoo 9.15 

View pagi kat Darling Harbour




Sydney Opera dr atas Cruise



Cruise dari Darling Harbour ke Taronga Zoo 30 min je camtu


Cap masuk zoo






Terus ingat Mat Destiny hak hak

Plane of The Aps haha

Tak lama pun kat Zoo tu..ye la takat nak tgk zirafah gajah tu semmua kat Zoo Negara byk..tgk mana haiwan yg takde kat Zoo Negara jek...

Gambar kat bawah ni masa otw balik dr Taronga Zoo ke Darling Harbour













Dari Zoo kita ke Madam Tussauds lak xbyk sgt la aku bergambar dlm ni haha





Keluar Madam Tussauds masuk Wild Life lak...ye lah sebelah2 je pon...misi utama nak bergambar dgn Koala n Kangaroo






Kira puas gak la hati even x dpt nak pegang binatang tu kan...dah abis gamba2...nak singgah sea life kunun..tp da x larat..marilah pulang mandi n rehat kejap.

Pukul 5 keluar dr apartment menuju ke Sydney Tower Eye ...tgk sunset je la












Dari Sydney Tower Eye tu g makan kat kedai mamak....halal food tpi mahal la..mmg Malaysian Food la....

4 May 2016
Destinasi Seterusnnya Blue Mountain...naik tren dr TownHall ke Central pas tu kene tuka Train Intercity..sampai central tgk train depart 9.18..maka harusla bersiar2 dulu kan sambil minum kopi...train dr Central ke Katoomba 2 jam ye..











Sampai kat Katoomba tu tgk suhu drop 9C terketar aku bukak beg cari sweater...dari stesen tren jalan kaki ke Three Sisters..jaun berjalan luas pemadangan kan..hambik kau melecet kaki



Sesat???

Bukak Map..apa guna beli buku Lonely Planet mahal2
















Dapat gak churros..tapi dia golekkan dgn cinnamon so tekak aku cam xterima sgt
Tamat pengembaraan dah....balik aprt tido jek xkisah makan dah..masing2 dah lembik x larat nak makan....

5 May 2016..harini x rushing jadi kuar lewat skit...sebab misi nak cari souvenir je...kawan aku sibuk nak cari Hurley X..layan je la sebab diorg dah lembik aku kejekan hahah..ikut style aku berjalan mmg kalau bole semua tempat aku nak pegi.

Gigih naik bas kat wynyard so merasa lah cross harbour bridge...turun bas guna google maps cari tempat....pusing2 xjumpa...tya org..sekali jumpa tu HQ diorang laa ..hahahah x jual apa pun....gelak je la yg mampu....tp dekat area tu ada mall ..Waringah Mall nama dia..masuk la dlm tu.. ada outlet yg jual gak Brand Hurley X ni..aku x minat so tgk je la..sekali ternampak baju kat bawah ni..kebetulan dgn viral pasal minah buat report polis poduk kurus yg x panas katanya...terus aku snap hahahah


Dari Waringah Mall tu pegi balik Wynyard..pastu g central sebab nak naik light train..ala2 trem kat UK tu la...halatuju ke Paddy's Market..sini jual byk souvenir..tp aku confuse ni kat Sydney ke kat Petaling Street..ramai tul cian meniaga hahaha....dah abis duit kat sini balik...
Pendamping setia sepanjang kat sana
Malam lak husband lecturer aku dtg ambik bawak g makan..lps makan dia ajak amik gamba kat Milson Point..cantik tol view...cuma dia belum bagi lagi gamba dari kamera dia.




Berakhir la travel ke Sydney nih....best wooo hihihihi...ok skarang kembali menabung utk trip yg akan datang