Setelah berkurun blog ni
terbengkalai, harini baru ada kerajinan nak mula balik haha. Sibuk sangat
dengan hal-hal duniawi ni.
Ni nak sembang sikit pasal trip
Hatyai hujung minggu lepas. Plan untuk trip ni terjadi spontan je sebenarnya. Alkisahnya
masa raya puasa banyak rumah terbuka kan…bila dah jumpa kawan-kawan maka
macam-macam lah cerita keluar. Sampailah terkeluar idea nak pegi Hatyai ni. Bila
dah masing-masing confirm terus je book hotel. Cadangan awal adalah nak ETS
tapi bila tengok harga tiket dia boleh tahan mahal jugak. Maka tukar lah kita
naik bas je. Jimat dan mudah sebab takyah nak tukar tren kat Padang Besar tu.
Naik bas terus je masuk sampai Hatyai. Marilah kita lihat apa yang berlaku
sepanjang perjalanan ini.
14 September 2018
Naik bas pukul 11.30 malam dari
Kepong. Kami 8 orang semuanya. Jadi ambik single seat. Dari no 1-8 duduk sorang
je senang dan selesa. Tambang bas RM90 sehala biasanya RM60 je, tapi mungkin
sebab cuti umum jadi harga sedikit naik lah. Bas Alisan (gambar takde) siap ada
wifi dan plug untuk caj handphone dan yang sewaktu dengannya.
Naik je bas aku pun seperti biasa
teruslah beradu. Sedar bila bas berhenti kat Juru nak isi minyak. Kemain laju
lagi driver tu bawak. KL – Juru 3 jam je. Nasib baik aku tido, kalau tak mesti
aku yg beria tekan brek hahaha. Malam tu hujan hampir sepanjang jalan. Lebih kurang
7.30 pagi sampai Bukit Kayu Hitam. Hujan. Turun dari bas lalu imigresen scan
passport. Selesai keluar dari sempadan Malaysia. Masuk pulak Thailand. Turun lagi
lalu imegresen Thailand pulak nasib baik tak lama beratur kat imigresen tu. Ini
lah sebabnya driver bas tu memecut laju. Mungkin dia nak sampai ngam2 time
border tu bukak. Xde la beratur lama. Oh ye waktu dekat Hatyai sejam lewat dari
Malaysia. Dari border ke Bandar Hatyai lebih kurang sejam perjalanan naik bas. Kalau
naik tren, kena naik teksi yang tambang dia lebih kurang RM50. Ini hasil soal
selidik dengan kawan-kawan hehe.
Hatyai 15 September 2018
Dalam 8.30 waktu tempatan,
sampailah kami di Hatyai. Turun dari bas jalan kaki je ke Hotel. Memang AJK
penginapan cari hotel yang dekat dengan bandar. Senang nak jalan-jalan. Kami
stay kat Hotel Regency. Harga 1 malam lebih kurang RM150 1 bilik. Sampai hotel
request nak check in awal. Sekali minah kat reception tu kata tak boleh. Kena tunggu
pukul 2 sebab takde bilik. Perut masing-masing dah lapar ni. Mulalah nak
tinggal je beg semua dan pegi cari kedai makan. Elok je letak beg, ada lak
sorang lelaki mungkin bos kepada minah tadi. Dia kata ada je bilik dan boleh
check in awal. Rupanya minah tu tak faham English. Takpe lah maafkan beliau dan
dipendekkan cerita dapatlah check in awal. Naik atas mandi semua tukar baju
then turun pegi cari kedai makan.
Gerimis mengundang. Jalan kaki ke kedai
Salma. Penuh pulak ramai orang Malaysia rupanya bercuti kat Hatyai ni. Tunggu meja
kosong. Dapat 1 meja tapi kecik muat 4 orang. Takpe kita order je dulu makan. Nanti
meja sebelah bangun kita combine.
Selesai makan, jalan-jalan
sekitar bandar Hatyai. Singgah pasar, macam2 ada jual dan murah. Buah dan
sayuran termasuk ulam semua segar bugar.
Dari pasar terus balik hotel rehat dan
tido kejap. Pukul 4 dah booking tut tut nak ke Floating Market & Asian
Night Market. Sebelum sampai hotel tu singgah beli kopi. Sedap dan murah. Terpelanting
lah Starbuck hahaha.
3.50 petang waktu tempatan. Semua
berkumpul kat lobby hotel tunggu tut tut. Harga tut tut ni sorang 100Baht. Kira
ok la 800Baht untuk ke Floating Market dan dia tunggu sejam lebih dan bawak
pulak ke Asian Night Market.
Floating market ni bukan setakat
menjual dalam perahu je, dia ada jugak kedai atas darat ye. Ramai orang kat
sini. Banyak bas dari Malaysia bermakna ramailah orang Malaysia datang sini. Penuh
semua meja. Tak dapat makan tepi sungai. Maka naik la ke daratan cari tempat
makan. Makanan yang dijual ni ada halal dan ada yang tidak. Sila berhati-hati
seaktu membeli. Tapi peniaga pun rasanya sensitif, sebab bila tanya makanan
yang dijual dia akan bgtau ada pork ke tidak. Jadi agak selamat lah.
Kepada pelancong yang ke Floating
Market ni tolong lah ye. Kalau setakat nak ambik gamba ambik video untuk update
media social anda tak payah ngada2 nak duduk lama-lama depan perahu tu, nak je
aku tolak seko-seko masuk sungai. Orang nak beli makanan dia sibuk nak je. Dah la
orang ramai. Kang kalau aku simbah sup panas tak ke sopak muka tu??? Marah ni
haha
Lepas sejam lebih kat Floating
Market kami bergerak ke Asian Night Market pulak. Tempat ni lebih kurang macam
Uptown Kota Damansara.
Tempat menjual macam-macam barang tapi bukan original la.
Besar dan berbumbung. Ada tingkat atas macam food court. Nanti kita cerita
pasal food court tu ye. Dah sampai tempat tu masing-masing janji nak jumpa kat
meeting point 7.30 kalau berpecah. Dah ye kami berpecah. Dari 8 kepada 5. Lepas
tu dai 5 kepada 2. Lepas tu aku sorang-sorang haha. Kelemahan bila jalan
sorang-sorang ni adalah rambang mata nak membeli itu dan ini. Kalau ada geng
aku akan jadi behave sebab malu hehehe…dipendekkan cerita pukul 7.30 jumpa
balik dan balik ke pangkal jalan. Tambang tut-tut dari Asian Night Market ke
area hotel adalah 200Baht atau 25Baht sorang.
Makan malam hari ini berkonsepkan
Street Food. Konon nak makan tepi jalan je. Tapi keadaan tak mengizinkan,
hujan. Maka bungkus je la makan kat hotel. Kebetulan 16 September adalah
birthday salah sorang ahli Jemaah trip ni, maka perancangan nak surprise kan
beliau di jalankan. Dah sampai bilik baru teringat tak beli kek. Pastu masing-masing
dah malas nak turun bawah beli kek sebab hujan dan penat. Haha. Kebetulan ada pulak
geng yang tengah makan kat luar, jadi kirimlah kat diorang suruh beli kek kat
Starbucks 1 slice. Sambal tu kitorang g bilik bakal birthday boy. (boy ke dah
tua-tua ni) haha. Konon plan nak tunggu 12 malam baru nak surprise kan. Sekali dah
tak larat nak tunggu. Mengantuk sampai je geng yang beli kek kat bilik dia
terus je la celebrate.
Happy birthday ABC!!!!
Lepak sembang-sembang merepek tah
apa. Ketawa sampai golek2 atas katil sakit perut lepas. Xlama tu balik la ke
bilik masing-masing tido.
Hatyai 16 September 2018
Jam 8.30 pagi turun ke lobby. Jalan
ke sekitar hotel konon nak beli kopi. Sekali kedai kopi belum bukak. Maka teruslah
cari tut-tut nak pegi sarapan pagi.
Inilah destinasinya Chabura Dim Sum
Sekali dia punya beratur hambik
kau….dan yang memenuhkan kedai tu pun orang Malaysia jugak. Dah dekat setengah
jam beratur perut mula berkeroncong tengok kiri kanan Nampak kedai seberang
jalan. Maka kita terpaksa melupakan Dim Sum tular ini. Makan je apa yang ada
kat kedai depan tu. Elok je kitorang masuk kedai tu makan nasi goring. Dia ada
jugak jual dim sum tapi tak viral lah. Tak lama lepas tu makin ramai yang
datang kedai depan tu. Tak larat nak beratur agaknya haha.. rezeki untuk kedai
depan tu agaknya.
Dari Chabura tu kitorang ambik
tut-tut nak ke area pasar yang dekat dengan hotel tu. Hujan. Hampir lebat. Terpaksa
la beli outfit waktu hujan. Elok je pakai outfit hujan turun
dengan lebat. Tapi tetap gigih berjalan haha..rugi la datang jauh-jauh duduk
dalam bilik hotel je. Baik duduk rumah.
Lepas redah hujan lepak kat
Starbucks. Yang beli air 3 org je, yang lain tumpeng wifi je hahaha. Dari starbucks
g makan. Hajat di hati nak repeat Salma. Tapi sayang ramai orang. Tuka kedai
hamed. Ok xramai orang.. komen: makanan biasa-biasa harga mahal! Balik hotel
mandi & tido. Kul 5.30 janji jumpa kat lobby nak keluar dinner.
5.30 petang
Berkumpul kat lobby cari tut-tut
ke Asian Night Market lg. Kalini tujuan adalah makan dan makan dan makan.
Lepas makan plan nak round area
hotel tu lepak minum kopi. Sebab semalam Nampak 1 kedai mcm cantik konsep dia. Tujuan
utama nak amik gambau la kan haha. Turun je dari tut-tut hujan haha ambik kau. Tapi
gigih lagi berjalan nak cari kedai tu. Sekali hampa sebab kedai tu tutup. Jalan-jalan-jalan
sampai dah dekat dengan hotel hujan lebat. Memang lebat punya siap dengan angin.
Raining outfit xbawak pulak tu haha. Tunggu hujan reda sikit. Lari lintas jalan
je masuk shopping mall. Padahal bukan ada apa pun kat mall tu. Cuma nak
selamatkan diri dari hujan je. Aku ni pulak jenis yang fragile sikit kalau kena
hujan. Lepak kat McD dan seperti biasa yang membeli sorang dua je. Yang lain tumpang
wifi je. Bila hujan reda maka turun lah dari mall. Lalu lalang depan kedai
urut. Tengok ramai orang urut tapak kaki. Survey harga 250Baht sejam. Dia bukan
takat urut tapak kaki je. Sampai ke peha, bahu, belakang badan pun dia urut. Sedap
terasa la ringan sikit lepas urut tu. Dah setel balik hotel. Tak sampai 10
minit ada pulak makhluk tuhan paling seksi mengadu lapar. Turun lah balik layan
tekak dia. Aku minum teh tarik je.
Perut dah kenyang. Sudah tu balik hotel
mandi dan belayar ke alam khayalan. Takde khayal pun. Aku letak je kepala kat
bantal terus hanyut hahaha.
Hatyai 17 September 2018
Turun kat lobby pukul 8 siap-siap
nak check out. Bas pukul 9,45. Jalan ke tempat naik bas. Sebab depan tu ada
kedai makan Rocky. Macam-macam ada. Dalam banyak-banyak tu aku order roti canai
gak. Haha nasib baik sedap. Dia ada jugak pulut manga, sup dan yang sewaktu
dengannya. Tengah makan tu tetiba ada pompuan jerit nama aku sambal dia lalu
nak keluar dari kedai. Terkejut aku dibuatnya. Nasib baik tak tercekik. Hampeh punya
senteng! Nanti kau…
Lepas makan duduk bersantai depan
pejabat bas tu tunggu bas datang. Dalam pukul 11 pagi waktu Malaysia
bergeraklah kami semua kembali ke tanah air tercinta.
Naik bas tu pun ada tragedi
jugak. Tapi sebab malas nak panjangkan cerita maka biarlah kisah itu berakhir
kat dalam bas je. Banyak lagi benda lain yang penting aku nak layan.
Kesimpulannya trip ni mmg best. Walau
naik bas je tapi group yang pegi sangat best. Asyik gelak je. Sampai driver
tut-tut tengok belakang la bila kitorang gelak.
NOTA: gambar-gambar semua banyak
yang kawan-kawan punya. Aku ada sikit je. Gambar diri sendiri pun ada la sikit…
Love cerita ni!
ReplyDelete