Tuesday, 18 September 2018

Travellog Hatyai


Setelah berkurun blog ni terbengkalai, harini baru ada kerajinan nak mula balik haha. Sibuk sangat dengan hal-hal duniawi ni.

Ni nak sembang sikit pasal trip Hatyai hujung minggu lepas. Plan untuk trip ni terjadi spontan je sebenarnya. Alkisahnya masa raya puasa banyak rumah terbuka kan…bila dah jumpa kawan-kawan maka macam-macam lah cerita keluar. Sampailah terkeluar idea nak pegi Hatyai ni. Bila dah masing-masing confirm terus je book hotel. Cadangan awal adalah nak ETS tapi bila tengok harga tiket dia boleh tahan mahal jugak. Maka tukar lah kita naik bas je. Jimat dan mudah sebab takyah nak tukar tren kat Padang Besar tu. Naik bas terus je masuk sampai Hatyai. Marilah kita lihat apa yang berlaku sepanjang perjalanan ini.

14 September 2018

Naik bas pukul 11.30 malam dari Kepong. Kami 8 orang semuanya. Jadi ambik single seat. Dari no 1-8 duduk sorang je senang dan selesa. Tambang bas RM90 sehala biasanya RM60 je, tapi mungkin sebab cuti umum jadi harga sedikit naik lah. Bas Alisan (gambar takde) siap ada wifi dan plug untuk caj handphone dan yang sewaktu dengannya.

Naik je bas aku pun seperti biasa teruslah beradu. Sedar bila bas berhenti kat Juru nak isi minyak. Kemain laju lagi driver tu bawak. KL – Juru 3 jam je. Nasib baik aku tido, kalau tak mesti aku yg beria tekan brek hahaha. Malam tu hujan hampir sepanjang jalan. Lebih kurang 7.30 pagi sampai Bukit Kayu Hitam. Hujan. Turun dari bas lalu imigresen scan passport. Selesai keluar dari sempadan Malaysia. Masuk pulak Thailand. Turun lagi lalu imegresen Thailand pulak nasib baik tak lama beratur kat imigresen tu. Ini lah sebabnya driver bas tu memecut laju. Mungkin dia nak sampai ngam2 time border tu bukak. Xde la beratur lama. Oh ye waktu dekat Hatyai sejam lewat dari Malaysia. Dari border ke Bandar Hatyai lebih kurang sejam perjalanan naik bas. Kalau naik tren, kena naik teksi yang tambang dia lebih kurang RM50. Ini hasil soal selidik dengan kawan-kawan hehe.

Hatyai 15 September 2018

Dalam 8.30 waktu tempatan, sampailah kami di Hatyai. Turun dari bas jalan kaki je ke Hotel. Memang AJK penginapan cari hotel yang dekat dengan bandar. Senang nak jalan-jalan. Kami stay kat Hotel Regency. Harga 1 malam lebih kurang RM150 1 bilik. Sampai hotel request nak check in awal. Sekali minah kat reception tu kata tak boleh. Kena tunggu pukul 2 sebab takde bilik. Perut masing-masing dah lapar ni. Mulalah nak tinggal je beg semua dan pegi cari kedai makan. Elok je letak beg, ada lak sorang lelaki mungkin bos kepada minah tadi. Dia kata ada je bilik dan boleh check in awal. Rupanya minah tu tak faham English. Takpe lah maafkan beliau dan dipendekkan cerita dapatlah check in awal. Naik atas mandi semua tukar baju then turun pegi cari kedai makan. 




Gerimis mengundang. Jalan kaki ke kedai Salma. Penuh pulak ramai orang Malaysia rupanya bercuti kat Hatyai ni. Tunggu meja kosong. Dapat 1 meja tapi kecik muat 4 orang. Takpe kita order je dulu makan. Nanti meja sebelah bangun kita combine.



Selesai makan, jalan-jalan sekitar bandar Hatyai. Singgah pasar, macam2 ada jual dan murah. Buah dan sayuran termasuk ulam semua segar bugar. 













Dari pasar terus balik hotel rehat dan tido kejap. Pukul 4 dah booking tut tut nak ke Floating Market & Asian Night Market. Sebelum sampai hotel tu singgah beli kopi. Sedap dan murah. Terpelanting lah Starbuck hahaha.



3.50 petang waktu tempatan. Semua berkumpul kat lobby hotel tunggu tut tut. Harga tut tut ni sorang 100Baht. Kira ok la 800Baht untuk ke Floating Market dan dia tunggu sejam lebih dan bawak pulak ke Asian Night Market.



Floating market ni bukan setakat menjual dalam perahu je, dia ada jugak kedai atas darat ye. Ramai orang kat sini. Banyak bas dari Malaysia bermakna ramailah orang Malaysia datang sini. Penuh semua meja. Tak dapat makan tepi sungai. Maka naik la ke daratan cari tempat makan. Makanan yang dijual ni ada halal dan ada yang tidak. Sila berhati-hati seaktu membeli. Tapi peniaga pun rasanya sensitif, sebab bila tanya makanan yang dijual dia akan bgtau ada pork ke tidak. Jadi agak selamat lah.









Kepada pelancong yang ke Floating Market ni tolong lah ye. Kalau setakat nak ambik gamba ambik video untuk update media social anda tak payah ngada2 nak duduk lama-lama depan perahu tu, nak je aku tolak seko-seko masuk sungai. Orang nak beli makanan dia sibuk nak je. Dah la orang ramai. Kang kalau aku simbah sup panas tak ke sopak muka tu??? Marah ni haha

Lepas sejam lebih kat Floating Market kami bergerak ke Asian Night Market pulak. Tempat ni lebih kurang macam Uptown Kota Damansara.





Tempat menjual macam-macam barang tapi bukan original la. Besar dan berbumbung. Ada tingkat atas macam food court. Nanti kita cerita pasal food court tu ye. Dah sampai tempat tu masing-masing janji nak jumpa kat meeting point 7.30 kalau berpecah. Dah ye kami berpecah. Dari 8 kepada 5. Lepas tu dai 5 kepada 2. Lepas tu aku sorang-sorang haha. Kelemahan bila jalan sorang-sorang ni adalah rambang mata nak membeli itu dan ini. Kalau ada geng aku akan jadi behave sebab malu hehehe…dipendekkan cerita pukul 7.30 jumpa balik dan balik ke pangkal jalan. Tambang tut-tut dari Asian Night Market ke area hotel adalah 200Baht atau 25Baht sorang.

Makan malam hari ini berkonsepkan Street Food. Konon nak makan tepi jalan je. Tapi keadaan tak mengizinkan, hujan. Maka bungkus je la makan kat hotel. Kebetulan 16 September adalah birthday salah sorang ahli Jemaah trip ni, maka perancangan nak surprise kan beliau di jalankan. Dah sampai bilik baru teringat tak beli kek. Pastu masing-masing dah malas nak turun bawah beli kek sebab hujan dan penat. Haha. Kebetulan ada pulak geng yang tengah makan kat luar, jadi kirimlah kat diorang suruh beli kek kat Starbucks 1 slice. Sambal tu kitorang g bilik bakal birthday boy. (boy ke dah tua-tua ni) haha. Konon plan nak tunggu 12 malam baru nak surprise kan. Sekali dah tak larat nak tunggu. Mengantuk sampai je geng yang beli kek kat bilik dia terus je la celebrate. 

Happy birthday ABC!!!!




Lepak sembang-sembang merepek tah apa. Ketawa sampai golek2 atas katil sakit perut lepas. Xlama tu balik la ke bilik masing-masing tido.


Hatyai 16 September 2018

Jam 8.30 pagi turun ke lobby. Jalan ke sekitar hotel konon nak beli kopi. Sekali kedai kopi belum bukak. Maka teruslah cari tut-tut nak pegi sarapan pagi.

Inilah destinasinya Chabura Dim Sum



Sekali dia punya beratur hambik kau….dan yang memenuhkan kedai tu pun orang Malaysia jugak. Dah dekat setengah jam beratur perut mula berkeroncong tengok kiri kanan Nampak kedai seberang jalan. Maka kita terpaksa melupakan Dim Sum tular ini. Makan je apa yang ada kat kedai depan tu. Elok je kitorang masuk kedai tu makan nasi goring. Dia ada jugak jual dim sum tapi tak viral lah. Tak lama lepas tu makin ramai yang datang kedai depan tu. Tak larat nak beratur agaknya haha.. rezeki untuk kedai depan tu agaknya.

Dari Chabura tu kitorang ambik tut-tut nak ke area pasar yang dekat dengan hotel tu. Hujan. Hampir lebat. Terpaksa la beli outfit waktu hujan. Elok je pakai outfit hujan turun dengan lebat. Tapi tetap gigih berjalan haha..rugi la datang jauh-jauh duduk dalam bilik hotel je. Baik duduk rumah.



Lepas redah hujan lepak kat Starbucks. Yang beli air 3 org je, yang lain tumpeng wifi je hahaha. Dari starbucks g makan. Hajat di hati nak repeat Salma. Tapi sayang ramai orang. Tuka kedai hamed. Ok xramai orang.. komen: makanan biasa-biasa harga mahal! Balik hotel mandi & tido. Kul 5.30 janji jumpa kat lobby nak keluar dinner.

5.30 petang

Berkumpul kat lobby cari tut-tut ke Asian Night Market lg. Kalini tujuan adalah makan dan makan dan makan.











Lepas makan plan nak round area hotel tu lepak minum kopi. Sebab semalam Nampak 1 kedai mcm cantik konsep dia. Tujuan utama nak amik gambau la kan haha. Turun je dari tut-tut hujan haha ambik kau. Tapi gigih lagi berjalan nak cari kedai tu. Sekali hampa sebab kedai tu tutup. Jalan-jalan-jalan sampai dah dekat dengan hotel hujan lebat. Memang lebat punya siap dengan angin. Raining outfit xbawak pulak tu haha. Tunggu hujan reda sikit. Lari lintas jalan je masuk shopping mall. Padahal bukan ada apa pun kat mall tu. Cuma nak selamatkan diri dari hujan je. Aku ni pulak jenis yang fragile sikit kalau kena hujan. Lepak kat McD dan seperti biasa yang membeli sorang dua je. Yang lain tumpang wifi je. Bila hujan reda maka turun lah dari mall. Lalu lalang depan kedai urut. Tengok ramai orang urut tapak kaki. Survey harga 250Baht sejam. Dia bukan takat urut tapak kaki je. Sampai ke peha, bahu, belakang badan pun dia urut. Sedap terasa la ringan sikit lepas urut tu. Dah setel balik hotel. Tak sampai 10 minit ada pulak makhluk tuhan paling seksi mengadu lapar. Turun lah balik layan tekak dia. Aku minum teh tarik je. 



Perut dah kenyang. Sudah tu balik hotel mandi dan belayar ke alam khayalan. Takde khayal pun. Aku letak je kepala kat bantal terus hanyut hahaha.

Hatyai 17 September 2018

Turun kat lobby pukul 8 siap-siap nak check out. Bas pukul 9,45. Jalan ke tempat naik bas. Sebab depan tu ada kedai makan Rocky. Macam-macam ada. Dalam banyak-banyak tu aku order roti canai gak. Haha nasib baik sedap. Dia ada jugak pulut manga, sup dan yang sewaktu dengannya. Tengah makan tu tetiba ada pompuan jerit nama aku sambal dia lalu nak keluar dari kedai. Terkejut aku dibuatnya. Nasib baik tak tercekik. Hampeh punya senteng! Nanti kau…

Lepas makan duduk bersantai depan pejabat bas tu tunggu bas datang. Dalam pukul 11 pagi waktu Malaysia bergeraklah kami semua kembali ke tanah air tercinta.

Naik bas tu pun ada tragedi jugak. Tapi sebab malas nak panjangkan cerita maka biarlah kisah itu berakhir kat dalam bas je. Banyak lagi benda lain yang penting aku nak layan.
Kesimpulannya trip ni mmg best. Walau naik bas je tapi group yang pegi sangat best. Asyik gelak je. Sampai driver tut-tut tengok belakang la bila kitorang gelak.

NOTA: gambar-gambar semua banyak yang kawan-kawan punya. Aku ada sikit je. Gambar diri sendiri pun ada la sikit…