Showing posts with label Sihat. Show all posts
Showing posts with label Sihat. Show all posts

Tuesday, 12 November 2013

Hari Mengayuh

Tarikh : 9 November 2013
Hari : Ahad
Lokasi : Bukit Cerakah..nama baru dia tmn botani mende tah
kayuhan pertama hahaha...aku, panjang, iqy, linda n aida..pastu ada 3 org lg membe si iqy yg sama2 cycling dgn dia...diorg relax je... mmg cycler so xde masalah la membe tu kan...yg kami ni...tu diaa terjelir lidah nak kayuh beskal tu...ok cerita sket pasal xtvt ni..beskal sewa..seploh hengget...sejam..mahal woo..tp kitorang sejam je..rasa cam lama jek kayuh tu kan..tp bika pulang balik beskal tu..haa sejam je??? walaupon penat tp mmg best la...harus aku g lagi pasni...hehe dekat je dgn umah kan..bole la g lagi pasni..sorang pun boleh je 
Tapi parking 3 hengget sekali masuk...pastu nak masuk taman tu bayar lg 3 hengget..so total aku nyer kos aritu tigablas hengget..parking aida ke linda tah bayar..diorang fetch aku kat umah...jadik bos kat belakang heheh..tp si aida bawak kete gile laju....linda siap pakai seat belt la cuak nyer pasal hehe...
kepancitan..bukan tayar yg pancit...kitorang yg pancit





tah cemana yg jantan2 ni bole la pakai baju merah
**gamba aida xde sebab dia tukang amik gamba pakai tepon dia ekeke..xpe aida len kali g lagi ko amik gamba byk2 aku post kat sini spesel entry utk ko kekeke

Tuesday, 30 July 2013

Hidung Berdarah

 
Semalam ada membe dlm salah 1 grup wasap mengalami hidung berdarah..ni bukan pendarahan ye...pastu dia pon dok tanya la cemana nak buat segala bagai kan...masa tu aku kat luar x dapek la nak gugel untuk tlg dia...jadi semalam aku dah berniat utk up entry pasal hidung berdarah ni...moga bermanfaat untuk kita semua...hasil yang aku dpt dari Wikipedia kat bawah ni...
 
Hidung kita boleh berdarah dengan mudah apabila saluran darah kecil yang terdapat dalam hidung pecah. Ini kerana kedudukan saluran darah begitu hampir dengan permukaan.
Masalah ini biasanya berlaku sama ada sekali atau beberapa kali dalam sehari.

Punca

Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan seperti:
  1. Selsema
  2. Suhu dalam badan terlalu tinggi
  3. Alahan
  4. Menghembus nafas terlalu kuat
  5. Kekeringan mambran mukus(selaput lendir) seperti merekah dan berkerak
  6. Berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung
  7. Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan

Jenis-Jenis

Kebanyakan masalah hidung berdarah boleh mengganggu kehidupan seharian kita. Lebih menakutkan, kadangkala masalah sebegini boleh mengancam nyawa apabila darah keluar dengan terlalu banyak dan tidak henti-henti. Terdapat dua jenis hidung berdarah:
  1. Hidung berdarah dari depan - Darah keluar dari bahagian depan hidung dan mengalir keluar ke salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali jika pesakit bangun atau berdiri.
  2. Hidung berdarah dari belakang - Hidung berdarah berlaku jauh ke dalam hidung dan mengalir keluar melalui bahagian belakang mulut dan tekak. Tidak kiralah pesakit itu sedang berdiri ataupun bangun

Cara Merawat

  1. Hentikan hidung berdarah dengan cara:
  • Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.
  • Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan mendongak ke atas. Ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
  • Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
  • Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi.
2. Cegah hidung daripada berdarah semula:
  • Jangan menghembus hidung.
  • Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek. Nanti luka dan berdarah. Apa yang patut dilakukan ialah gunakan pelembap atau minyak bayi.
3. Berjumpa doctor:
  • Anda perlu memaklumkan kepada keluarga untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
    • Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah.
    • Berasa hendak pitam atau pengsan.

Friday, 12 July 2013

Sunnah Ketika Minum

1- Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana Syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum. (Khasail Nabawi)

2- Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan. (Tirmizi)

3- Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutan. (Bukhari)

4- Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya. (Abu Daud)

5- Duduk dan minum, Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri. (Zaadul Maad)

6- Hendaklah berdiri semasa minum air zam-zam. (Tirmizi)

7- Rendamkan kurma atau anggur di dalam air pada malam hari dan minum larutan ini pada waktu pagi. Walaubagaimanapun,jika kerana terlalu panas ia menjadi tuak, adalah haram untuk minumnya.

8- Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan & minum. (Tirmizi)

9- Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air, botol dan lain-lain. tetapi satu gelas atau mangkuk kecil. (Abu Daud)

10- Jangan minum daripada bekas cawan yang sumpik atau pecah. (Abu Daud)

11- Nabi SAW telah melarang penggunaan bekas masak, makan dan minum diperbuat dari emas dan perak. (Bukhari & Muslim)

Sunday, 16 June 2013

Habbatus Sauda'


Nak share sket pasal Habbatus Sauda' ni...aku ni ada masalah sinus..dulu kat kg panggil resdung..dah duk KL ni gatal lak panggil sinus kan..puiii

Dah mcm2 aku try nak bagi elok resdung ni...dari cara kampung sampai la jumpa pakar kat sepital..x jugak baik...kalau yg cara kampung jgn cite la..air sireh dan segala mcm air lagi la dah masuk dlm hidung aku ni...sebelum ni ada gak aku makan Habatus Sauda' yg pure tu..yg rupa dia cam jintan tu...tp nak kunyah tu azab kooo...rasa dia tu adesss Allah Maha Mengetahui....sampai la bulan lepas ada membe aku kata dia dok cuba telan mende dlm gamba tu...Habatus Sauda' la tp dia dlm bentuk soft gel..Jadik senang nak telan xde rasa apa pun...cuma kalau ko sendawa tu ada lah sket rasa dia tu..tp xde la cam ko kuyah yg pure tu...maka aku pun g la carik..rupanya kat kedai area umah aku ada jual..sepeket doblas hengget je..ada 20 bijik...makan sehari 2 bijik je..lepas aku mkn 20 bijik yg pertama aku dapat rasa yg selsema tu dah kurang la..xde la bersin mengamuk2 tiap2 pagi....badan pun rasa makin sihat...bukan gemok ye...aku tau la aku gemokkk!! nak plak skang ni dah mcm jerebu2 sket kan...ramai yg demam...batuk etc la..tp aku Alhamdulillah xde la rasa nak demam...syukur..skang ni aku dah beli lg stock utk cukupkan 40 hari makan bende ni...membe aku dok tanya tukang buat produk ni..dia kata kalau nak elok amalkan 40 hari non stop..baru nampak kesan dia...

Lagipun Habatus Sauda' ni pun Sunnah Rasulullah...elok la kita ikut sunnah ye x? bukan poligami je ikut sunnah...hahahhaa..selain Habatus Sauda' aku amalkan gak minum madu lebah...caranya bangun pagi sebelum gosok gigi..amik air suam 1 gelas campur madu lebah 1 sudu kacau..minum..sudu tu adalah lebih afdal gunakan sudu plastik ye...sambil minum tu kumur2 pastu telan air tu....elok utk sistem pencernaan...aku ni dulu ada problem sembelit..kdg2 3-4 ari x membuang..skang ni senang...lepas minum air suam + madu lebah tu...tunggu jap..terus g toilet...

Tu je la nak share pun..tetibe lak teringat kan..hehehe..dah mcm org tua lak aku kan bagi petua bagai...bukan petua pun..kongsi apa yg aku tau je...