Thursday, 21 November 2013

Ahmad Ammar Ahmad Azam - Syahid Yang Tertangguh

Assalamualaikum...aku dah tgk post kat FB pasal entry ni 2 3 ari lepas tp x sempat nak baca apa sebenarnya kisah yg disampaikan...harini baru aku baca & nak share kat sini...
 
Ni yang aku baca hasil bantuan google pastu aku wat entry ni.
 
Ahmad Ammar Ahmad Azam meninggal dunia di dalam kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki. Pelajar bidang sejarah di Universiti Marmara biasiswa Kerajaan Turki. Semangat dia nak mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita mak ayah dia. 
 
Dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayah dia Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar ni anak lelaki tunggal kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.
 
Mungkin bagi remaja semuda Ammar (termasuk aku gak la walapon dah x remaja , untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Tapi Ammar ni tak macam tu. Dia ni dikatakan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang. Pada usia semuda itu dia dah join pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria sangat menyayat hati, macam Ammar tertinggal hati dia kat Syria. Walaupun letupan letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar tetap tak gentar ingin terus membantu Syria.

 
Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarkan dia “Syahid yang Tertangguh”. Alangkah bertuahnya mak ayah dia sebab dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah SAW iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat dia menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.
 
Hari kejadian tu, Ammar keluar ke rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. Inilah rezeki dia yang pastinya amat menggembirakan mak ayah dia yang kesedihan. Janji Allah dalam ayat 100 surah al-Nisa’ : “…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Subhanallah..
 
Catatan terakhir Ammar dan dimasukkan ke dalam beg sandang dia : “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.” Ayah dia ada tulis yang Ammar sempat lintas jalan, tapi tak dapat balance badan dia..lepas tu kene rempuh dengan ambulans..Takdir Allah tak siapa tahu. kalau pun Ammar dapat balance badan dia tapi Allah dah jemput dia..tak siapa bole halang. 

 
Ammar bertemu pencipta pada usia 20 tahun..masih muda...dia nak sangat syahid dan dia dah pun tengok bidadari dia. Sebab tu dia tak jemu berdakwah dan beramal. Aku percaya mak ayah dia redha dengan pemergian dia malah berbangga ada anak macam Ammar.
 
 
Al-Fatihah...



 

1 comment:

  1. Semoga hidup kita dan setiap apa yang kita miliki ini bukan sekadar atas izin Allah namun atas izin dan redha Allah SWT. Ya Allah Ya Rahman. Amin

    ReplyDelete