Wednesday, 31 July 2013

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatur Qadar

 

 
Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam qadar ialah :
Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.
 

Tuesday, 30 July 2013

Hidung Berdarah

 
Semalam ada membe dlm salah 1 grup wasap mengalami hidung berdarah..ni bukan pendarahan ye...pastu dia pon dok tanya la cemana nak buat segala bagai kan...masa tu aku kat luar x dapek la nak gugel untuk tlg dia...jadi semalam aku dah berniat utk up entry pasal hidung berdarah ni...moga bermanfaat untuk kita semua...hasil yang aku dpt dari Wikipedia kat bawah ni...
 
Hidung kita boleh berdarah dengan mudah apabila saluran darah kecil yang terdapat dalam hidung pecah. Ini kerana kedudukan saluran darah begitu hampir dengan permukaan.
Masalah ini biasanya berlaku sama ada sekali atau beberapa kali dalam sehari.

Punca

Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan seperti:
  1. Selsema
  2. Suhu dalam badan terlalu tinggi
  3. Alahan
  4. Menghembus nafas terlalu kuat
  5. Kekeringan mambran mukus(selaput lendir) seperti merekah dan berkerak
  6. Berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung
  7. Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan

Jenis-Jenis

Kebanyakan masalah hidung berdarah boleh mengganggu kehidupan seharian kita. Lebih menakutkan, kadangkala masalah sebegini boleh mengancam nyawa apabila darah keluar dengan terlalu banyak dan tidak henti-henti. Terdapat dua jenis hidung berdarah:
  1. Hidung berdarah dari depan - Darah keluar dari bahagian depan hidung dan mengalir keluar ke salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali jika pesakit bangun atau berdiri.
  2. Hidung berdarah dari belakang - Hidung berdarah berlaku jauh ke dalam hidung dan mengalir keluar melalui bahagian belakang mulut dan tekak. Tidak kiralah pesakit itu sedang berdiri ataupun bangun

Cara Merawat

  1. Hentikan hidung berdarah dengan cara:
  • Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.
  • Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan mendongak ke atas. Ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
  • Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
  • Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi.
2. Cegah hidung daripada berdarah semula:
  • Jangan menghembus hidung.
  • Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek. Nanti luka dan berdarah. Apa yang patut dilakukan ialah gunakan pelembap atau minyak bayi.
3. Berjumpa doctor:
  • Anda perlu memaklumkan kepada keluarga untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
    • Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah.
    • Berasa hendak pitam atau pengsan.

Monday, 29 July 2013

Exam

Sebenarnya pg tadi aku nak up entry pasal exam ni..tp bila dah nampak kebakaran tu terus terlupa pasal exam..hehe
 
Sabtu lepas aku exam..2 paper pagi dan petang...maka dr hari jumaat aku x tido sampai la pas exam petang tu...paper pagi aku ok lg...agak tenang dan bertenaga...masuk je hall utk paper petang aku dah start x best...kepala aku sakit...untuk 45 minit pertama aku tenung je ketas soklan...sampai tembus la aku rasa...dah aku blank tu kan aku pun kuar la g toilet basuh muka...sambil masuk bilik kecik wasap kengkawan mintak nyawa hahaha gile keji kan??xkisah la tu kan..
 
Aku masuk balik hall dok termenung lg seploh menet..pastu baru aku start menjawab..dok recall mana yang boleh je la...4 soklan aku jawab la semua tapi rongak sana sini la jawapan aku...dlm kol 4.30 gitu aku kuar...x larat nak tggu lg...aku pun time tu dah mmg x le jawab apa pon..adalah baiknya aku balik tido...
 
Tido jap je...penat sangat agaknye aku x le tido mlm tu...ari ahad lepas subuh aku bantai tido sampai kol 3 petang..hambik kau..pastu bile bangun kepala aku hang...bile dah gitu mula la selsema dtg..bile ingat balik...aku lupa makan habatus sauda' masa sahur tu...so redha je la tggu berbuka nak makan habatus sauda' tu...

Kebakaran

Tajuk karangan pada hari ini adelah kebakaran...ye kebakaran..kenape kebakaran???..sebab tadi masa dalam perjalanan merempit ke hopis aku telah melihat satu kebakaran rumah....sian diorg kan..dekat nak raya dalam 10 hari lg ni rumah terbakar...besar sungguh dugaan untuk diorang...
 
Okeh..memandangkan dah bukak topik pasal kebakaran ni...maka ada 1 story yg aku nak share...hehe aku dah start gelak...keh keh keh...ok ok Sirius...mcm ni citenye...ni bukan kisah aku ye..tp kisah org yg agak rapat dgn aku...hahahha aku nak gelak dulu..jap lagi dah puas gelak baru leh sambung merepek keh keh keh
 
Ok dah bole sambung..even aku masih lagi dok ada sisa sisa ketawa lagik ni...cam ni ye..kisahnye kawan aku ni balik keje bulan posa ni dia masak untuk berbuka...tp biasa la balik keje bulan posa landing2 dulu sepelelap layan mata kan...sudah layan mata gitu dia pun tersedar dan mendapati waktu suda jam 6 lebih gitu kalau x silap aku la...sebab kisah ni berlaku 2 mggu lepas kalau xsilap aku...dah dia bangun tu dengan mamai dan tergesa2 dia ke dapur untuk menyediakan juadah berbuka...menu adalah kari...kari apa aku xtak tau sebab x bertanya lebih lanjut akibat cerita dia lg hebat dari menu yg dia masak kekeke...
 
Kembali kepada tajuk utama...kisahnye dia pun mula la memasak...dia mulakan dengan memanaskan minyak di dalam periuk....sambil tu beliau pun berpaling membelakangkan dapur itu untuk memotong  bawang...sedang asik beliau memotong bawang beliau berasa seperti ada sesuatu di belakang beliau namun tidak diendahkannya...beliau pun terus khusuk memotong dan terus memotong...
 
tiba tiba....saspens haha..adik beliau memasuki dapur lalu memberitahu yg api sedang menjulang di belakang beliau yg mana sedang membakar periuk beliau tadi..lalu kawan aku ni pun panik seketika..di dalam keadaan mamai sebab baru bangun tido dan panik telah diadun sebati..maka beliau pun tergamam...tak tau apa nak dibuat...mujur lah ada adik beliau membantu memberi tunjuk ajar lalu beliau menutup api dapur dan menutup periuk yg sedang berapi tu...haisshhh mcm2 kan..seb baik periuk dia je terbakar..xjadi apa2 yg lebih Sirius..syukur lah nak....
 
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
inilah keadaan dan rupa periuk itu
 


Kawan aku ni mmg gigih orangnye...periuk dah terbakar pun masih tetap memasak kari itu tapi kali ni menggunakan kuali...aku setiap kali teringat mcm mana dia cite kat aku tu asik la nak gelak...demi kelangsungan kegigihan beliau itu...periuk baru telah di beli....tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
bersinar2 kan periuk baru kawan aku ni
 
adui la sakit lak perut aku gelak...tahniah di atas kehadiran periuk baru awak ini ye...rajin2 masak ye hehehe...entry khas ni ditujukan untuk awak yang berkenaan ye...(nama dan identity dirahsiakan)
 
Berbalik kepada kisah kebakaran...ni ada lg 1 kes...kali ni kebakaran baju...kawan aku ni pompuan...ni baru2 gak la mggu lepas...pompuan ni lepas sahur kunun mengantuk nak tido la kan..mintak tlg suami terchenta gosok baju dia yg berharga 200 hengget...dah dia sedap2 tido tu kan tetiba "sayang....baju terbako" membe aku ni pun dengan sepantas kilat bangun g tgk...berlobang baju 200 dia tu hahaha..hilang tros mengantuk dia...kelaka la kawan2 aku ni...tp yg tu xde gambau la kan...sebab dia x post kat wasap...periuk tu je yg ada post gamba heheh...
 
Ok dah aku nak sambung ketawa lagi nih...kekekeke

Friday, 26 July 2013

Iftar lagi...

Assalamualaikum...

Tak habis lg cite pasal iftar nih kekeke...semalam aku dgn membe opis lama berjemaah iftar kat sini...sroll down ye..jeng jeng jeng
 
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
 
haaa tu dia restoran semalam...kat sg penchala...full house ok tempat ni..kalau ko saje2 gedik nak walk in pegi sana tu..lupakan je la hajat suci lagi kudus itu..mmg xdapek la...kene booking 1 day earlier...Jemaah kami semalam ramai..al maklumlah yg dah berkawen bawak family..yg bertunang bawak tunang..yg single mingle? bawak diri je hahaha opss ada gak yg bersekendel satu hopis...sapekah? jeng jeng jeng hahaha..dah xrajin nak cite pasal org...nak cite pasal iftar je..ye la kan..bulan posa ni x baik cite hal org..cite hal binatang xpe...kikikiki
 
 
Aku x rajin nak amik gamba ahli majlis....jadi aku tulis je la nama sorang2 dlm ni ye...wakil dari opis tersebut adalah....panjang..dia ni yg ganti aku...apar...engineer yg sedang meningkat naik...pak abu..HR assistant yg menunggu masa expired kekeke sori pak abu...sha..seketeri merangkap bibik...hahaha ..dia dtg bawak tunang..sapa HR exec yg menembun aku tgk skang ni...ain si kodok keh keh keh...sue bersama2 twin n laki Nye...and last skali zana n family...zana dok meja lain..tp anak bujang dia dok lekat dgn panjang...aku rasa panjang ni ada "pakai" la keh keh tp silap..nak tackle gadis sekali yg lekat kanak2 lelaki hahaha...jap aku tunjuk gambau panjang dgn anak zana nih.
 
tengok tu...kemain dia suap budak tu makan

 
 
Budak tu lak sampai halau mak pak dia duk meja lain..tapi panjang ni pun hampeh..dia suap budak tu makan nasi yg dia dah tuang kuah tomyam..pedas la kan..langsung budak tu xnak makan dah...sikit je dia makan...pandai ko kan jang saje je nak sabo itu budak supaya ko leh makan cepat n banyak keh keh keh...tu satu cerita la kat panjang ni...si sapa plak org lain makan nasi putih dia leh lak order nasi goreng...kepelikan disitu ye bile ko makan ikan siakap udang segala dgn nasi goreng..xpaham aku...tp nasi goreng dia tu dikongsi bersama ok...bersama sapekah???? teeettt..xmau citer...x elok gosip2 nih kekeke...
 
 
ok mari kita lihat hasil tangkapan di restoran muhibah semalam...
 
 
daging black pepper a.ka daging hazwan

butter prawn...rupa dia x mengghairankan tol tp ok

tom yam...seafood kot

ikan siakap miang...jgn tanya pesal nama dia gitu

haa tgk tu tgk tu..penuh meja woi

 

su n family

tgk sapa makan x tgk kiri kanan dah...teruk tol

 

tgk semua licin...dr kiri sha, ain, sapa
 
selain dr lauk pauk di atas..ada gak asparagus...masa sampai asparagus tu..si ain dgn sapa cam org xpenah jumpa makanan...cis wat malu je dah tua2 buat perangai hahaha..emm ada gak kerabu pucuk paku...n last skali masa dah selamat licin semua..baru lah sampai kerang..kitorang ckp kensel je la..tp si sapa tu buat muke seposen kunun berhajat sangat la...ko mengidam ke apa??? hihih
 
Oh ye restoran ni xde air panas ye..jadi xyah la berangan nak teh tarik ke kopi ke..yg ada semua air sirap, sirap limau, sirap bandung dan segala yg berasaskan sirap, laici...dan jugak barli...air panas cuma teh cina sahaja...disamping tu dah tau nak makan besar ni..pompuan2 tu (sha, ain dgn sapa) kemahen bersoping kat bazaar ramadhan mcm kan x cukup makanan kat restoran tu..ujung2 main tolak2 sapa nak bawak balik segala kuih yg x abis...
 
da lepas makan solat magrib semua...dalam kol 8.40 gitu semua bertempiaran la balik...tapi most eligible bachelor cam aku ni mana bole balik awal kan? hahaha..jadiknye sebab x dpt teh tarik kat situ..aku racun panjang ajak lepak kedai mamak kat bangsar...tp si apar pun kata dia ok je nak join sebab nak kene anta panjang amik moto kat hopis diorg...jadi kitorng lepak la kat Uncle K TTDI...panjang minum air sampai 2 gelas...patut la badan ko cam kene pam jang..masa aku kenal ko xde la kembung cam skang ni...hehe sedap je aku ngata org..aku pon sama kot gems kih kih kih...dah lepak minum teh tu..sembang2 la hal2 semasa hal2 masa depan dan yg sewaktu dengannye...elok lak depan kedai tu polis wat roadblock...almaklumla aku dgr TTDI skang ni byk kes pecah rumah...kawasan org kaya2 la katakan kekeke...tgh sedap2 melepak tu gerimis mengundang..jadi kami pun balik la rumah hehe...oh btw tq jang belanja aku semalam...hehehe jasamu dikenang..nanti aku da kaya sket aku belanja ko lak hehehe..tu je la agenda iftar minggu ni kat luar..esok aku ada exam pagi n petang...harapan untuk aku x tido mlm ni adalah amat cerah sekali...semoga aku dapat lah menjawab soklan2 esok tu...haishhh x tenang jiwa dibuatnye bile mengenangkan exam esok ni...wish me luck pelisss....
 






Thursday, 25 July 2013

Iftar versi dengan geng UKM

Assalamualaikum...
 
Seperti yang telah aku war2kan hahaha...semalam adalah sesi iftar bersama geng UKM...jejanz sahaja ye...lokasi sentul..nama kedai tak igt...menurut sejarahnya dulu kedai tu dimiliki oleh pekida..lepas tu diambil alih oleh seorang 50-50 hehehe..aku lupa la apa nama kedai tu..R Azmi ke ape tah...xkisahlah x bape penting untuk aku...
 
Majlis dimulakan dengan ketibaan para ahli majlis haha...ketibaan aku pada pukul 6.15 mcm tu disambut oleh pengerusi pengelola..incik paiz...sebab masa tu lom ada sapa pon lg yg sampei...diikuti selepas itu ketibaan Rei Roro bersama adik beliau..shamim kalau x silap aku..bunyi mcm tu la lebih kurang....sempat la kot dia tgk cite rumah kedai..kendian tu sampai la abg hairol....sambil tu paiz bg direction kat York sedang mengamuk2 sebab jln jem hihihi...xlama tu dlm kol 6.45 kot Arul sampai dgn membawak sebungkus roti john tuna dari pasar keramat ditangan...kol 7 gitu York call sambil membebel pesal semua org x angkat fon,...hahaha xperasan la kot York..sori!!!dia Tanya celah mana nak parking kete dia...elok je dia sampai kat pangkin port kitorang tu terus bergegas cari surau sebab lom asar..seb baik la aku rempit so x la rushing sgt...tenang je g masjid bdr baru sentul tu solat asar dulu...then last sekali sampai la Mat Destiny...so semua 8 orang...kurang sorang la geng itu sebab John sejak kawen xle join kitorang sangat..takut bini!! muahahaha opsss...
 
Memandangkan si paiz nak sangat la ala2 kampong style..dia book pangkin..aku dah memikir dlm kepala..camne nak makan byk2 kalau duk kat pangkin ni..kompom perut aku ketat jap lg...tp dah dia book duduk je la...
 
Sambil tunggu waktu berbuka tu kan...kitorang dok la sembang2 dah lama x jumpa katanye...lama ke??ada la dlm 2 mggu kot..last jumpa hari tgk anak bulan aritu..geng York, Paiz, Abg Hairol dgn Mat lg la lama ada sebulan kot x jumpa...skang pon lepas kelas dah jarang melepak2 lg...semua terus balik je...bab melepak dgn geng UKM ni nanti la aku story..panjang berjela plak nanti hehehe...
 
Marilah menjamu mata tgk apa hidangan berbuka puasa kami semalam...
 
kailan ikan masin, daging goreng kunyit n telur dadar

ayam masak merah Rei Roro

tomyam ayam

udang celup tepung..sotong pun ada gak

daging goreng kunyit utk 4 org heheh

udang + sotong celup tepung pinggan ke 2

limau ais..ni arul punye sampai 2 dia balun

chicken chop Rei Roro...takut x cukup nasi katanye

telus bungkus ke bistik??? pun Rei punye

Lamb chop..Mat n York punye

menunggu waktu berbuka...York n abg hairol

teh o...penutup utk aku..kelas kan? pakai uncang tu
 
haaaaa..meriah x? meriah x? makan 8 org tapi dia punya menu kemain banyak...seb baik semua abis..si paiz hampeh dia order kemain lg..pastu makan ciput je...alasan perut kecik...cepat kenyang...yg aku ni jenis xle tgk makanan x abis..even dah ketat perut pun makan gak la nak abiskan...aku rasa aku dgn rei je kot yg makan tambah nasi...mat lepas makan lamb chop..dia makan nasik lak...York plak siap suh tapau nasi bawak balik wat nasi goreng utk sahur katenye...pale ko la York...hahaha
 
 
Arul makan sket je dulu..emm makan roti john pastu dia solat magrib..yg kami ni semua bedal dulu hehehe...pastu kitorang solat arul jaga meja..kang waiter dia clear lak..byk lg bole makan tu..hehe
 
Masalah kami geng UKM ni...kalau x jumpa tu mmg la lama x berjumpa..tapi kalau dah jumpa x reti2 nak balik masing2..waiter tu pun agaknye dah nyampah kat kitorang xreti nak balik..kikiki...York siap imagine ada announcement dr toket kedai "tu meja 8C xreti2 nak balik dah ke?' bole camtu??? tinggi betul imaginasi kau York...
 
sebenarnya sebelum buka posa ni..York ada gak cadangkan wat sesi singgah sahur...jadi semalam dia sebut lg sekali..maka semua setuju sebulat suara untuk sesi singgah sahur jumaat depan 2.8 kira malam 3.8 la...lokasi mungkin area Bangi seperti yang arul cadangkan...nama je rancangan singgah sahur...tp xde la nak bangun tido kol 3 4 pagi semata2 nak sahur reramai...jadinye kitorang akan jumpa pas tarawikh...tu later la piker...ni piker exam sabtu ni dulu..apa nak jadi la..risau risau risau..
 
Petang ni bbuka dgn geng opis lama...lokasi sg penchala....tggu hapdet seterusnya kekeke

Wednesday, 24 July 2013

Iftar 14 Ramadhan 1434 Hijrah

Semalam 1st time aku berbuka puasa kat luar...dah 14 hari puasa baru keluar hokeh..kalau tak tu 2, 3 ari puasa je dah heboh nak keluar layan buffet segala bagai...tahun ni agak berhemah la hihihi...sebenarnya aku prefer buka puasa kat surau je...tapi dah kawan aku si syikin tu ajak teman dia berbuka..aku pon ikut je la...sebab dah xde geng kan nak g surau...cif umah tu tah ada ke tidak aku pun x tau...
 
 
Destinasi berbuka puasa ada lah di Bandar Tun Hussien Onn Cheras...nama kedai tu..Texas Steak House...mula2 syikin nak ajak makan nasi kukus...tp xde rezki dia la kan..kedai yang dimaksudkan itu tutup pulak semalam...
 
 
ni list menu n harga kat kedai tu...


 

Sampai kedai ni dalam kol 7 camtu...syikin soh aku usha2 kot la xde table ke kan...aku pun dengan tenangnye kuar dr kete g Tanya budak2 kedai tu...rupanya byk lg table kosong..tp ada gak la yg reserve table..
 
 
 
Gamba atas tu interior restoran ni...menarik la...lampu dia dihiasi dengan topi koboi..tp xnampak la topi tu dlm ini gamba...kitorang order la apa yang patut..then syikin ajak g bazar jap sementara tunggu waktu berbuka tu...beria ni makcik tu setat enjin kete..sekali dekat je jalan kaki pon bole...hahaha..ronda2 bazar tu sekali je..makcik tu je yg beria membeli itu ini...aku tengok je..sepanjang puasa kali ni baru 2 kali aku g bazar...dah beli2 tu g restoran balik...sekali tgk air dah sampai n makanan pun dah ada...meh menjamu mata hehehe
 
 



Tah dah kenapa lak aku x le nak add caption..hampeh tol...tu la org ada belog ko pon sebuk...tp bile jadi gini xtau nak buat apa hahaha...aku mmg bukan IT savvy..so gamba atas sekali dalam kategori makanan ni nama dia chic cop...standard diorg serve dgn mushroom sauce..tp aku mintak tuka dgn black pepper sauce..serius sedap...yg bawah dia tu lak syikin nyer sirloin steak...tp sauce dia xbape mengghairahkan...ada lg 1 makcik tu order macaroni n cheese...tp dia buat cam mee goreng je pastu buh cheese sekeping atas dia...yg tu lupa nak snap gambo haha...air yg gelas besau tu air asam boi syikin...punye la besar relax je dia sedut..pastu siap tambah mintak air suam...aku lak cam biasa la x minum ais..jaga suara katanye...haha..paleee...soya je...mcm xle beli kat bazar kan?...dan juga hidangan pembuka untuk berbuka 4 biji kurma...
 
Ada pun kami berdua makan sambil sembang mcm lama sgt x jumpa...errr lama gak la kot aku x jpa makcik ni...seb baik hari keje n aku nak exam..kalau x harus wat keje gile melepak  sampai ke sahur...penah kot kitorang buat zaman study dulu...dok bersembang sampai xde suara esok tu hahaha..gile lah...memori tuh...oh ye harga kat restoran ni ok la...makan berdua RM40...sedap lak tu...bole la dtg lg pasni...
 
Restoran ni dekat dgn masjid..jadiknye pas dah bedal semua tu sampai licin tiada baki...kitorang g solat magrib kat masjid tu...bagus masjid ni siap provide air zam zam kat pintu masuk...diorg buh dlm bekas siap bubuh cawan ketas yg kecik tu...tp cuma bole minum kat situ la...xle la kau nak tapau buh dlm botol kan...melampau tuuuu...
 
Lepas solat tu g balik spa tpt makcik ni keje...ye spa ok...tapi spa kete ye bukan spa urut2 scrub2 badan tu ye...diorg urut kereta jek...dok sambung lg sembang2 sampai kol 10 baru la aku merempit balik USJ...sampai umah tersandar jap sebab perut masih ketat kekenyangan...dalam kol 12 lebih baru mandi n solat pastu terus zzzzzzzzzzzzzzzz...
 
Pagi ni bangun sahur cam biasa la kol 5...tp sebab si bob dah keluar..maka sahur aku kembali la dgn air suam n kurma jek...ahaha xde makna la aku nak makan nasik kan...
 
Petang ni berbuka dgn geng UKM lak...esok dgn geng opis lama...fuh 3 days in a row..wahhh speking London...hahah..nanti aku tayang gamba makanan petang ni yek...meriah kot sebab ramai Jemaah...lokasi sentul tah apa nama restoran tu tah lupa...tahun lepas aku penah pegi tapi masa tu bertiga je...
 
 
 



Tuesday, 23 July 2013

Musim Exam Kembali


Exam kembali...huhu sabtu ni aku ada 2 paper..pagi petang lak tu..sawan la aku huhuh...
study pun rasa cam ke laut jek...asal bukak buku je ngantuk bukak buku je ngantuk..bukak muka buku elok plak kan...keh keh keh
 
Ada pun sabtu ni pagi paper keusahwanan yg aku pernah membebel kat sini...seteres bile kenangkan paper tu...petang lak paper akaun..lagi la aku rasa nak sewel bila fikir kan. dah la paper tu susah..aku still blur lagik...Ya Allah permudahkan la urusan study ni...aku Sirius x kompiden nak exam nih...huuuu help me help me...
 
Oh dah bercerita pasal study ni kan...Si Bob rakan baru bakal meninggalkan rumah kami...dia dpt offer kat German Malaysia Institute (GMI) Bangi...so balik rumah family dia la semula...good luck bob!! xsempat nak masak utk buka kat umah sama2 dgn cif..cif umah pon subuh td baru balik...nanti kalau ada masa ada rezeki kita plan la ye bob buka posa kat mana2 ke..or wiken dtg la USJ kalau kau rajin..hahaha memang macam x rajin la kan...tak pon raya nanti kau suh la family kau jemput kitorang open house hihihi..
 
Ok risau balik..nak exam ni woi cemana woi...
 
 


Friday, 19 July 2013

Fasa Pertama Ramadhan 1434 Hijrah

Harini 10 Ramadhan..kejap je dah 10 hari kita puasa kan? x sedar pon..dalam pejam celik pejam celik..g keje balik keje merempit sana sini..dah 10 hari puasa...Mlm td ada tazkirah kat surau..Ustaz kata moga2 kita tergolong dalam golongan orang2 yang mendapat rahmat dari Allah...bersesuaian la dengan "hadiah" rahmat untuk 10 hari pertama berpuasa...esok mula fasa kedua plak...yang mana di"hadiah"kan Maghfirah..InsyaAllah akan terus berusaha merebut kemeriahan rahmat ramadhan tahun ni..mana la tau tahun depan x sempat lak kan..tetiba mode insaf datang...
 
 
Tahun ni rasa cam baik sket la...cam bagos je kan ayat..kekeke..xde la baik mana..cuma aku rasa cam tahun ni aku lebih tumpu kat beribadat..ye la sebab tahun2 sudah bulan posa aku ada exam malam n kelas...tahun ni exam semua wiken di siang hari..so malam tu dapatlah mengimarahkan masjid dan surau hihihih...
 
 
Kalau tahun lepas banyak kali aku g bbuka posa layan buffet..thn ni blom lg..xtau la nak pegi ke x...aku rasa sayang plak sebab kalau buffet kene pulun betul2 sampai abis masa..then miss la nak g tarawikh kat surau...buat sorang kat rumah ni feel dia kureng sket...harap2 xde la sapa2 yg ajak aku berbuffet tahun ni...kekeke...tapi kalau org belanja bole consider kot hahahah gile cheapskate...

Thursday, 18 July 2013

Rakan Baru + Sahur

Hmm agak lama aku x merepek...aku dapat housemate baru..bilik ke tiga dgn rasminya telah dioccupied sejak Ahad lepas..mamat ni student n budak lg la...ok apa kaitan rakan baru dan sahur ni adalah kerana...dengan ada nya housemate baru ni maka sahur aku agak berubah...kalau dulu makan kurma dgn air suam je..skang ni dah makan nasik ok???? Dia jenis sahur kene makan punya budak jadi dengan secara x langsung dia masak nasi utk bsahur..maka dengan itu secara otomatik aku pon terjebak sama makan nasi time sahur....lauk simple jek..telur goreng or telur dadar...pastu ada nenek budak ni eh suka aku je panggil budak..dia suh panggil bob..aku rasa dulu org kata bob ni singkatan utk Badan Orang Besar..tp dia kecik je aku tgk hahaha...ok sambung balik pasal sahur tadi..nenek si bob ni ada bekalkan dia sambal ikan bilis...style kering..which mmg peberet aku tu..biasa Mak Andak aku je yg buatkan kalau aku request...tu pon kalau g umah dia or dia dtg  umah Kak Long...dari hari selasa sampai pg td bersahur berdua je..sebab cif rumah tu xde outsetesen katanya..tah ke mana x plak aku bertanya lebih lanjut...sori la ye x de gamba time sahur...xrajin aku nak snap2 gamba dgn mata bukak separuh tu..lagipun pakaian masa bersahur agak menjolok mata hahahaaha..xsesuai untuk tatapan umum..eh mcm la amik gamba sendiri kan? keh keh keh
 
 
Now kat tgh break kat hopis...punye lah sejuk..dah cam kat eskimo aku rasa...cepat la kol 5.30 hahaha

Sunday, 14 July 2013

IFTAR 4 Ramadhan

Hari ni berbuka kat Bandar Sri Permaisuri...membe ajak buka umah dia...aku pon ok lah layan kan aje...aku igtkan dia masak..rupanyaaa bazarrrrr...hahaha dia kata dia keje td so aku maafkan lah dia...makan berdua tapi meriah dia macam doploh org...aku rasa melampau sangat menu berbuka hari ni hehe almaklomla 3 ari lepas berbuka kat surau so makan apa yg ada dalam talam...kat kg aku panggil dulang hehehe...meh tengok hasil tangkapan di pasar ramadhan Taman Tasik Permaisuri...

ko tgk ni...menu utk 2 org makan

kuih je dah penuh pinggan..koci tu peberet akuu

lodeh kering..membe aku pelik haha

rendang...baru posa 4 ari da ada ye

ni ayam..xsure apa dia masak...cam sambal pon ada

haaa...kan aku dah kata penuh meja tu untuk 2 org makan...pastu tersandar seko2 kekenyangan...tapi dalam kenyang tu masih la gagah ke masjid bertarawikh...1st time solat kat Masjid Al-Najihin...selesa masjid ni walau xde aircon tp x panas..nyaman je dok dalam masjid tu...solat Isya' imam muda..aku tgk mcm budak lagi...tp dia baca surah sedap kedengaran kat telinga aku...pas Isya' tu ada tahlil ringkas..imam tu lead gak...sirius la sedap dia baca...ayat "Lailahaillah" tu je buat aku rsa terbuai dgr zikir dia...lepas Tahlil tu baru start tarawikh..tp imam lain lak lead...still sedap cuma agak laju...sian lak aku tgk pakcik2 yg dah berusia tu....ewah kemain lagi kau bg komen ye...balik dari masjid tadi membe ajak g lepak oldtown..aku on jek la kan..lepak sembang2..time ni la pon yg ada masa...kalau x tu bizi memanjang....


pak aji balik tarawikh..hehehe
Mula tu cam segan gak nak g lepak dgn jubah bagai ni..tp fikir2 balik..apa nak segan kan bukan x pakai baju..sopan apa pakai gitu kan??? kawan aku g snap gamba ni post kat grup wasap untuk tatapan n bukti sorang lg membe yg xdapat join sebab balik kg..hehehe peace

Friday, 12 July 2013

Sunnah Ketika Minum

1- Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana Syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum. (Khasail Nabawi)

2- Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan. (Tirmizi)

3- Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutan. (Bukhari)

4- Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya. (Abu Daud)

5- Duduk dan minum, Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri. (Zaadul Maad)

6- Hendaklah berdiri semasa minum air zam-zam. (Tirmizi)

7- Rendamkan kurma atau anggur di dalam air pada malam hari dan minum larutan ini pada waktu pagi. Walaubagaimanapun,jika kerana terlalu panas ia menjadi tuak, adalah haram untuk minumnya.

8- Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan & minum. (Tirmizi)

9- Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air, botol dan lain-lain. tetapi satu gelas atau mangkuk kecil. (Abu Daud)

10- Jangan minum daripada bekas cawan yang sumpik atau pecah. (Abu Daud)

11- Nabi SAW telah melarang penggunaan bekas masak, makan dan minum diperbuat dari emas dan perak. (Bukhari & Muslim)

Masak

Masak? semalam kunun nak masak utk berbuka...tp sampai je umah housemate aku ajak buka kat surau..meriah kata dia ramai org...ye la tu..jadi aku pun mcm xde masalah la kan...ok gak xyah la aku masak hehe berehat je la
 
 
Harini ada la gak plan nak memasak tapiiiii adekah aku rajin sebab selalunya sampai umah je aku da malas hahaha...aura malas masak tu ada gak lagi ni..emmm tgk la petang ni cemana
 
 
Mungkih nanti di hujung minggu baru nak masak?? hahah harap2 aku x la malas nak masak...
 
diorang ni kan tgh berlibur sepenuh masa...mana ada org hasut aku malas masak kan?


Thursday, 11 July 2013

2 Ramadhan 1434 Hijrah

Assalamualaikum....
 
Alhamdulillah dah masuk 2 Ramadhan...syukur dapat menjalankan ibadah dengan tenang dan gumbira...semalam tarawikh lead by imam yg best..org tempatan..xde la cam tpt lain yg bawak imam pak arab..tapi dia baca sedap..tarranum dia sgt mabeles..terkesima aku dgn bacaan dia tu...syahdu tul...
 
 
Semalam buka posa kat surau...dr bbuka tu trus je tunggu sampai tarawikh malas nak balik rumah..padahal lintas jalan je pon..kekeke...ptg ni kol 3 ada interview keje kat Mid Valley...so dapat la balik awal...harap2 intv abis b4 kol 4 tak sanggup nak redah jem. Semalam aku kuar opis kol 5.30 dia punya jem Ya Rabbi..dr opis sampai la umah mmg jem di sana sini..seb baik aku rempit so cool je la sampai umah kol 6..
 
 
Memandangkan arini sampai umah awal InsyaAllah..maka aktiviti memasak telah berlegar di kepala..tapi nak masak apa xtau lagi hehe...
 
Oh ye malam ni ada sambungan budak kelas aku present paper keusahawanan yang aku meroyan sabtu lepas...eh entry ari ahad..good luck la kat korang semua ek..prepare for the worst...xde la senak paru2 korang nanti bile kene komen

Wednesday, 10 July 2013

1 Ramadhan 1434 Hijrah

Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa untuk bertemu lg ramadhan tahun ini...bahsa sopan santun ye..al maklumlah bulan posa ni kan...jaga serba serbi hehe... malam tadi dah mula tarawikh..aku buat kat surau seberang jalan umah aku je..malas nak g jauh2..jalan kaki je sudah.
 
 
Hari pertama puasa ni agak lemau sket..padahal pernah kot puasa sunat sikit2...mungkin mengada lebih kot hehehe...ajk surau suruh berbuka kat surau bulan posa ni...tapi aku segan lak kekeke..ye la bulan lain jarang2 Nampak muka aku kat surau..alih2 bulan posa ko nak jadi permanent resident berbuka posa kat surau??? haishh serba salah haha..xpe xp byk masa lg bole dipertimbangkan hasrat murni ajak surau tu...

Tuesday, 9 July 2013

Selamat Berpuasa



Semalam anak bulan x kelihatan..maka esok la kita semua umat islam start berpuasa...semalam gak kelas terakhir sebelum puasa..Audit...tapi aku ada lg 1 kelas ganti utk Akaun 14/7 nih...xpe xpe sebab paper tu aku ke laut jadi dtg je la kelas gani pon..smalam mereka2 kat kelas wat makan2..si arul di khadamkan masak spageti...pyan dgn mak ani bawak cake...bukan cake what ye hahaha...oh ye air ditaja oeleh abang nizam..2 jag besor dia soh makcik lia tokey café tu buat..doploh hengget org tua tu kene caj..kenyang gile makan..siap bawak masuk dlm klas lak sambung makan...gile ketat perut aku semalam...
 
 
 
ni la gamba yg ada..ni pon si apis yang snap..nak harap aku mmg tak la kan...dasarrrr hahaha org ade belog ko pon nak buat..belog org meriah dgn gambo..belog ko hado??? asik la membebel wat karangan..ada aku kesah??
 
 
ok la bersempena dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak ni aku nak ucapkan selamat berpuasa dan mohon maaf la segala kesalahan selama ni...
 
 
Assalamualaikum...(tetibe tuka mode..insaf katanye)
 

Sunday, 7 July 2013

Saket Ati

Ni semalam punye hal tapi arini baru aku ada mood nak membebel kat sini..cenggini ye...semalam ada presentation pasal Business Plan utk subjek Keusahawanan...kemain lg la aku ni gigih buat slide segala kan...gigih la sangat aku kan present kol 2 kol 9 baru start buat slide..kol 11 baru siap...ok la tu xde hal la kan..

Yang membuat aku rasa amukan dan rasukan semalam adelah...lecturer tuh..haishhh aku bile igt je membara rasa di dada la kan...ok ok cool kasi abis cite dulu...dia bg 20 menet ok la aku cun2 abiskan 20 menet tu..pastu ada QnA...part QnA ni mmg dia je la yg soal mcm2 membe lain xde pon nak soal sbb sume xsuke dia so nak abis cepat then belah je...aku grup 1st..cam biasa la kalau present grup aku mmg gile kuasa nak 1st je..hehe tu sebenarnya aku la..org lain cam x kisah kot grup no bape pon haha..ekceli produk aku tu ialah rangka ayam..ala yg jual kat pasar malam tu rangka ayam goreng ala2 kepsi tu..dia bole tanya ada gamba? sy xtau cemana rangka ayam yg u propose ni... bole??? ko x ke saket ati mendengarnye...ok la tu maybe aku salah la kan sebab x bubuh gamba kat slide..aku pon lupa lak kan..gasak la situ..pastu kitorang ni guna kampeni Dewina...ala yg produk brahims tu..yg rangka ayam ni kitorang propose frozen la...target market peniaga pasal malam n pasar tani..ni utk kick off la kan...kununnye la..present buss plan kene la poyo sket...dia bole tanya "so skang ni produk ni lari la dari product line dewina?" lagi sekali aku hangin..lari mende lak nye kan..sah2 la still food a.k.a makanan apa yg lari? kalau lari g la kejar...dia mati2 kata lari dr product line..etc etc pastu kata kene buat team baru bla bla utk produk ni..hello ni la nama dia diversification....apa guna Dewina tu ada RnD team ada food specalist machine segala bagai..hadoiiii..muka dia lak time soal tu gaya2 nak provok...xpaham tol aku apa masalah org tua nih...kalau xnak mengaja xyah la mengaja senang cite xde la aku satu kelas berdosa dok ngata dia...tau lak dosa kan...serius la saket tol ati aku...dah setel tu dia kasi la borang penilaian dia tu...full mark 5..kitorang dapt 4/5 ok la...tgh leading dr 3 grup yg present smlm...kamis ni ada lg 5 grup..yg da present smlm kompom la x dtg kan..baik g tarawikh...dekat penilaian tu dia komen "slide poorly designed" aku baca cam nak kahakkan dia je...hangin wo...slide dia dlm klas pon bukan dia buat..amek je yg publisher buku tu bg..aku nak je jawab...mmg xde ati nak present sbb tu wat slide ala kadar je..seb baik dah lepas azab...huhuhu tggu exam lak 27 Julai ni...ni satu hal gak...aku ada paper pg ptg gile x? pg paper lecturer hazab ni ptg paper akaun...botak la kepala aku...seb baik xde dah paper dgn dia lg pasni...tp ada gak budak klas aku yg kene amik lg 1 paper dgn dia...hancusssss

Monday, 1 July 2013

Monday Blues

Pesal la setiap hari senin je aku malassss...aduiii eh bukan hari2 pun aku malas ke? hahaha ni kat opis leh lak aku hapdet belog kan? (syaitan x?) elok perangai kan?
 
Aku rasa cam nak demam..flu lak nih....malam kang ada presentation lak...aduss cemana ni..agak2 kawan2 baik hati x malam ni xkasi aku present...(xsehat kannnnnnn) hehehe
 
 
Mata ngantuk nih..minum air banyak asik la ke toilet letih aku..